9.12.19

Progress hari ke-2

Cubaan utk tidur sekejap pon dah baik. Macam nilah bapak aku tidur kalau asma dye dtg menyerang. On oksigen 24 hours, stop utk neb jelah, then sambung lagi. Ubat lelah barconyl tambah lagi 1 syringe. 
Alhndulillahnye hari ni dah boleh makan dah. 
Makan nasik goreng hari ni. Syukur alhmdulillah. Smalam x makan, sebb xde selera, hbis ketar 1 badan. 

Hari ni lebih baik dari semalam
 Alhamdulillah. 

8.12.19

DIA DATANG LAGI!!!

Poor my father. Penyakit lelah kronik dia dtg lg. 😔😔😔😔

Bapak aku ade 9 adek beradek. Mostly stay in songapore. 

Dalam adek beradek dia, kalau tak silap aku, bapak aku dan kakak sulong atau mak long aku je yang ada lelah. 

Ubat lelah, mcm2 pakai, spiriva, ape ntah lg, smua dah jdi rutin dah. Tahun lepas bulan 7 permulaan serangan asma yang teruk pada bapak aku. Allah sahaja yg thu waktu tu mcm mana bapak aku survive. Syukur ya Allah atas peluang yang ke 2 buat bapak aku. 

Kali ni, 08.12.2019, warded lagi sekali bapak aku kat hospital hulu terengganu ni. Permulaanya bermula dari demam sejak khamis lg, batuk2 berkahak sekali. Bila bapak aku batuk, kiteorng adek beradek memng seram kalau bapak aku batuk. Memng berjaga lah jugek. Tpi kadang2 ke laut berjaga nye 😆😆😆

Tpi yang bernasib baik nye, aku cuti sekolah sekarng, so xde masalah utk jge bapak aku kalau kne warded.. the sad thing is that bile tgk bapak kau tercungap cungap nak bernafas. Sedihnye, Allah je yang tahu. 

Kalau ade yang terbaca lah kan perkongsian aku yg x seberapa ni, mohon lah doakan kesejahteraan dan kesihatan bapak aku. Terima kasih kamu semua. 

Semoga yang terbaik dr Allah utk kamu semua. 

❤❤❤❤❤

4.9.17

It's a WOWWWWW post !!!!

2014
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

..
.
.
2017

p/s : bile bace semula post2 lame... 
i think, i've changed a LOTTTTTT!!!!!!

29.10.14

Tahniah NGAH

Assalamualaikum..
bersawang lagi nmpaknya, tibe mase nk buang sawang-sawang....

Banyak yang berlaku sepanjang tahun 2014 ni, dah nk smpai penghujung tahun dah, sekejap masa berlalu..

Diantaranya, KONVOKESYEN c Tiara aka Kak Ngah...
on 16 Oktober 2014



















TAHNIAH KAK NGAH!!

Sedih dye sbb x dapat nak dptkan PTPTN Free, lg beberapa point sahaja untuk mampu bebas dari hutang PTPTN.. Namun bersyukur dengan rezeki yang diberikan Allah SWT..

P/s : tiada yang lebih membahagiakan daripada melihat senyuman di wajah ayahanda... terima kasih kerana menjadi tulang belakang kepada kami adek-beradek bak!! semoga Allah membalas segala jasa dan pengorbanan bak dan mak di akhirat kelak...

16.4.14

Selamat Pagi !!!!!

Assalamualaikum..
Hari ni terasa teramat lah segar dan aktif, almaklumlah tidur samapi hmpir 9 jam semalam...
Allah, memang x sedar langsung, penat sangat, tp bukan penat FIZIKAL, tapi sangat penat MENTAL.
memikirkan anak-anak pelajar... huhu....
Dugaan dan cabaran dalam bidang pendidikan amatlah terasa sekarang!!! 
Mujurlah ada Allah tempat untuk berpaling di saat suka dan duka, adanya family untuk berkongsi cerita... 

****************

Pagi ni punye program...
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
..
.
.
jeng jeng... hehe

makaroni goreng ala mamak... hihi

********

jom sarapan!!!! Bismillahirrahmanirrahim...


p/s : mau cuci baju dulu, hari blh segerakan kerja-kerja rumah sbb kat sekolah pon ad sukantara hari ni, persediaan untuk mengajar tu dah settle.. 

15.4.14

ULTRAMAN KECIK

Assalamualaikum...
salam perkenalan, saya Amjad.. hehe...

***************

 Kat bawah ni adalah gambar-gambar Amjad yang latest punye, rindu terubat bile dye balik cuti sekolahbulan 3 hr tu... ak gelarkan dye Ultraman kecik sebab sangat lah addict ngan c ultraman tu.. haha.
habis semua kakak-kakak dye nk kna laser... 

kalau balik kampung, tak sah kalau tak ada batu, tak ada kayu dalam poket seluar dye.. paling penting suke bebenor main pasir, adoi la.... x leh nak tahan, almaklumlah, duk bandar manelah berpeluang untuk crik kayu batu atau pasir kan... balik kampung habis sume dye pulun...  


jam ultraman kat tangan hari pertama beli, petang tu dah bunyi mcm xdek bateri dah, banyak sangat bertukar jd ultraman... hihi... anyway u d best lah dek... 










 yeay !!!!!! misi menakluk dunia berjaya !!!! hehe

p/s : ni lah budak yang paling ak rndu lah.. d cutest boy ever.. sayang kau dek.. :)



LUAHAN HATI

07 07 2013.. 

tarikh 07072013 merupakan satu tarikh permulaan titik untuk ak melangkah ke satu dunia lain iaitu DUNIA PEKERJAAN.
Aku dapat berkhidmat sebagai pendidik di bumi Johor Darul Takzim, terasa amat bersyukur sebab ak tidaklah terlalu jauh dengan keluarga aku..
kebanyakan hidup ak ni banyak merantaulah katakan, kalau boleh, ak nak berada dekat dengan keluarga, Allah itu Maha Mengasihani, Dia kesian tgk ak asyik berjauhan dengan ayah tersayang, keluarga tercinta, dititipkan aku untuk berkhidmat di sini.

Wajah ayah yang kesunyian di kala anak-anak nya berjauhan. 

Nak bercerita sekit pasal perjalanan hidup ak.
2001-2003 - Asrama Sekolah menengah harian di Kuala Berang
2006-2008 - kolej Matrikulasi Pahang di Gambang
2008-2012 - berada di negeri Darul Ridzuan, menyiapkan diri untuk mendidik masyarakat 
2013 hingga kini - berkhidmat di Darul Takzim

masa depan (yang tak pasti bila) - berharap yang teramat sangat untuk kembali ke negeri penyu telo, negeri Darul Iman....

p/s : Ya Allah Kau jagakanlah ayah ku dan keluargaku untuk ku. Haramkanlah api neraka dari menyentuh mereka Ya Allah.. Berkatilah rezeki yang aku cari.. Amin.

JOM BERZIKIR

Alhamdulillah syukur untuk setiap nafas yang kita sedut, syukur atas rezeki pemberian Allah..
jom sama-sama kita amalkan ZIKIR HARIAN ni...

ok.. peace no war!!!!! semoga bermanfaat.. insyaAllah

29.12.12

Jiwa ini tersentuh ;(

Assalamualaikum....

Salam bicara pembuka kata setelah lama blog LAYAR KEHIDUPAN dipenuhi dengan sesawang maya yang setelah sekian lamanya... Alhamdulillah, sykur kehadrat Ilahi, empunya laman ini masih lagi di beri peluang oleh Ilahi untuk bernafas dibumiNya. Syukur yang tidak terhingga.

Semenjak semalam, 28 Disember 2012, aka tarikh lahir my bestie, Munirah Abdul Kadir yang ke-24 kalinya, aka majlis perkahwinan selebriti bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat dan pasangannya, Leuniey Natasha, aku mengenali satu rancangan yang serasanya sangat lah menarik dan bermanfaat untuk tontonan dan dijadikan panduan dalam kehidupan seharian, InsyaAllah.. Rancangan ini diberi nama, BICARA SELEBRITI... Mungkin ramai yang telah menonton dan mengetahui mengenai rancangan ni, tapi bg aku yang kurang layan YOUTUBE ni, yesterday was my 1st day knowing that this awesome show exist....

Tersentuh dengan puisi daripada USTAZ AZHAR IDRUS (UAI), ustaz yang kian mendapat tempat dikalangan remaja dan dikalangan semua lapisan masyarakat, yang sangat sempoi, santai dan sebagainya. Puisi ini dideklamasikan oleh beliau pada 1 Disember 2012 yang lalu. Dengarkan puisi ini, puisi yang bertajuk

DERITA KITA, DERITA MEREKA 




Derita Kita, Derita Mereka -Ustaz Azhar Idrus-


Derita kita….
Derita kita menanti majunya negara,
Derita kita kerana jualan di kedai yang kurang memberangsangkan,
Derita kita belum dapat bantuan subsidi,
Derita kita kerana anak tidak lulus periksa,
Derita mereka apabila anak2 mereka menjadi kubu daripada ditembusi oleh peluru2 yahudi yang merobek kulit mengeluarkan isi perut anak2 kecil yang tidak berdosa, itulah derita para ibu yang berada di bumi GHAZA…
Para ibu di negara kita,
Derita belum sempat membeli gelang baru,
belum sempat membeli rantai baru, belum sempat menempah siap pakaian baru, samakah kita dengan mereka?

Bumi GHAZA,
2012 menjadi tontonan cerita perang dalam television setiap umat Islam yang jumlahnya berbilion2…
Wahai Ghaza,
Kami saudara kamu, seagama denganmu,
kami lelaki2 sekuatmu juga,
kami memohon ampun kepadamu wahai Ghaza,
kami memohon ampun kepadamu wahai Syria,
kerana kami tidak menghantar kereta2 kebal kami yang hanya kami gunakan pada hari kemerdekaan..
Minta maaf wahai rakyat Palestin, Syria,
kami ada tentera tapi kami tidak mampu pergi kepada kamu,
Mohon kemaafan banyak2,
kami hanya menjadi penonton di mana darah2 anak2mu, isteri2mu jatuh titisan demi titisan di atas bumi yang sangat suci,
Wahai Ghaza,
walaupun kami tidak dapat pergi dengan jasad,
terimakanlah juga roh kami untuk bersemadi bersama para syuhada’mu,
Wahai Syria,
walaupun kami tidak sempat untuk berperang bersamamu,
terimalah nyawa kami untuk terus menguatkan jasad2 kamu,
melawan segala yang menjadi musuh Allah, al-Yahudu wal Bashar,
Wahai Ghaza, wahai Palestin, wahai Syria,
maafkan kami, terimakanlah doa daripada kami dan sudilah kiranya roh2 kami bersemadi bersama jasad2mu…

kredit : http://azizulhakim91.blogspot.com/

BICARA SELEBRITI full 1 Disember 2012 yang membariskan, ustaz Amin Idris, sebagai moderator, Heliza Helmi, Meyda Safira dan UAI.. Alluhuakbar.. 


3.6.12

PLAY-PLAY WITH MANIK..




ini adalah contoh 3 cubaan pertama play-play with manik... hehe... the last picture tu, cotton tshirt untuk dijual, RM 20, with beaded at the front.. kalo nk tambah bead mane2 pon boleh.. atas temapahan.. hehe... sekian


Wang Hantaran

Hai, selamat petang...

Tetiba nak meulis pasal wang hantaran ni... hehe... bukan ape, sekarang ni dekat FB sangat-sangat lah heboh sume orang duk share satu gambar keratan akhbar pasal wang hantaran ni, nk tgk?? ha, ni die :


Huhu.. nampak?? da cukup besar kot.. cube tgk, upsr dan pmr, RM 2000-RM 4000... ijazah lak macam aku ni, wang hantaran kne RM 12000 dan ke atas lah eh?? huhu... kalo ijazah kedoktoran lagi la melampau tetapan nye, RM 20000-30000.. mak ai, banyak nyer, dah macam nk menjual beli lah pulak siap ada tetapan lagi....

pendapat peribadi ak la kan... hurm.. wang hantaran ni ikut kemampuan la, dah kalo si bakl suami tu kerja biasa-biasa aje, nk kawen ngn pompuan yang mempunyai taraf kelayakan ijazah sarjana ke, cmne? kalo x mampu, xleh kawen la jawabnye.. huhu.. camne nk kawen ni.. haha..

SO, PIKIR-PIKIR KAN LAH... NK FOLLOW KE X... KITE BUKAN BERJUAL BELI...




Nak promote sikit. hehe


Alhamdulillah, lagi sehari Allah benarkan kita bernafas di bumi-nya..

So, hr ni nk promote ckit.. Nk promote per erk??

Jeng, jeng, jeng....hehe

This page http://ixoraonlineshopping.blogspot.com/.. Page ni kepunyaan ak dan kawan aku ji.. Permulaan bisnes kecil-kecilan kami di dunia maya..

Nak cite skit lah pasal page ni.. Hehe.. Ok, http://ixoraonlineshopping.blogspot.com/ ni merupakan satu blog menjual tudung-tudung bermutu baik pelbgai jenis. Tetapi memandangkan ini bisnes kecil-kecilan dan hanyalah permulaan, so, barang kat dalam nye masih lagi sedikit. Kebanyakan tudung dah selamat sampai ke tangan pebeli yang berhampiran, blom sempat nk upload, da ad yang berkenan.. Alhamdulillah.. Rezeki allah nak bagi, kite tak tahu..

Pada page ni da ak set kan page-page d fb.. Insyaallah, kalo ad mne-mne tudung yang anda semua berkenan, pm la kami yer.. Jangan malu-malu.. Pelanggan pertama on9 kami akan kami sertakan dengan sedikit cenderahati insyaallah... Hehe..

Sekarang ni kami adakan promosi sikit, sempena permulaan bisnes kami.. Kai mengharapkan kepercayaan daripada semua.. Kalo ada yang berkenan dengan pattern mane-mane dan warna yang diingini tu xde, pm je, insyaallah, kalo ad dalam simpanan kami, kami akan memberitahu anda semula.. Hehe..
So, jom membeli-belah bersama kami.. Banyak lagi tudung-tudung baru akan kami upload dalam mase terdekat, insyaallah petang ni paling lambat...

nk tunjuk ckit tudung-tudung yang pada page kami... kalo berkenan PM lah kami... insyaallah kualiti terbaik daripada kami akan anda perolehi.. 

so, here they come.. hehe


Ok, ni tudung bawal manik 2 tona, dah pon SOLD OUT.. tp masih lagi available kaler kuning... nanti kami uploadkan


ok, ni tudung merak, cotton.. cantik, available 3 colours (kuning, biru n merah)


ni tudung sulam tangan, cantik.. available 2 colours (merah ngan purple)


and this one is cotton denim, available merah, purple dan hijau petronas.. 

for more information, jom ke link blog di atas.. like lah kami di http://www.facebook.com/IxoraOShop

kami janjikan tudung-tudug menarik dengan harga berpatutan insyaallah...



Kembali Semula..

Assalamualaikum...

alhamdulillah, setelah lme x meng'update' blog yang sememagnye pnuh ngn sesawang maya ni, akhirnye,hr ni 2 jun 2012 iaitu hr sabtu, terbuke lah hati c ayu ni nk kembali menyonteng buku maya ni... hehe

sebenarnye, hr ni nk berkongsi hari bahagia seorng teman yang dulunya bersama-sama berjuang di Kolej Matrikulasi pada tahun 2006-2008.. 2 tahun bersama merapatkan hubungan kami... dan hari ni merupakan hari istimewa buat dirinya yang dah pon bergelar seorng isteri kepada seorng suami... TAHNIAH MIMI....

waktu ak datang dengan JI aka teman satu bisnes, teman berjalan dan teman sekampung, hehe, pngantin laki blom lg sampai, tp ok lah kn, leh gak nmpk muke c pengntin lelaki trpampng kat banting luar rumah... nk tunggu lame-lame, ad keje lak yg perlu di bereskan di Batu Rakit.. kat bawah ni ad ckit gambr-gmbr yg sempat di'snap' tadi.. hehe..


ha, perkenalkan raja sehari hari ni... shamimi main... ni gmbr blur sbb pengntin xleh duk diam... haha. excited mungkn... tapi u memng gojes la mi... tahniah syang...


moge-moge dapat tempias ckit... leh kongsi ngn teman-teman yg masih lagi cingel-mingel.. haha


betapa bnyknye kamera disekeliling, smpai x thu nk tgk mne.. last2, fair la.. ko tgk sane, aku tgk cni.. haha.... 


ok, yg kiri tu ji. thnks a lot ji kerna sudi meneman kami.. hehe.. kami sgt bertrima kaseh. ji, ayu tnggu hari bahagia ji pulk, nk menumpng bahagia sekali, x sabor ni.... hehe


krusi raja sehari..


sebahagian daripada hantran


sebahagian lagi hantaran.. tema blue white... cerah aje mate mmndng, sejuk, warna awan kn.. biru itu cntik...  ak pon terpkai bju yg terikut tema.. suke2... hehe..


ok, ni dayah, burfday girl.. x tau pon bufday dye hari ni.. sory sangat-sangat, kalo bukk fb awal2, memng akan bwk hdiah gule2 20 posen tadi.. hehe... jangan marah eh.. anyway, thnks cg dayah yg sudi menunjukkn jalan ke kampung kamu td.. kami x sesat pon.. ni berkt pertlngn cg lah ni... hehe.. thnks..

TAPI KN, AD SATU JE YANG TERKILAN.. huhu
.
.
.
.
.
.
.
HADIAH LUPE NK BAWAK... 


sangat-sangat lah bengang ngan diri sendiri. x thu mcm mne blh lupe, dah semnggu kot hdiah tu menunggu untuk di berikan kepada empunya diri, tp x terbagi, so MIMI, burn ah hdiah.. haha.. td da dpt len kn... hehe.. sory sesangat...



ANYWAY.. TO mimi n suami, SELAMAT PENGANTIN BARU. SEMOGA PERKAHWINAN KORNG SAMPAI KE SYURGA.. AMIN.. teringat kata-kata RASHIDI ISHAK, suami VANIDAH IMRAN, jadikan isteri tu bukn isteri tp makwe sentiase, bru lah syg tu x ke mana... hehe... amek tau petua ni.. 



p/s : jom tido.. dah lewat malam, esk cerita lagi.. semangat nk update blog ni coz nk berkongsi satu benda.. so, bye2 n selamat malam.. Assalamualaikum...