7.4.10

YEAY!!!!! DA DAPAT INTERNET


ahaha.. akhirnya internet dah okey.....

da x boring da... ehehe... epy epy........


DILEMA INTERNET DI KOLEJ KUO N KHAR

mane tenet ni?? hilang p mana ni???

adoi.... payah betul kalau pakai jaring2 ni (salah satu cara nak connect internet)......

aii.. da hampir seminggu kot ak nyer kolej ngan kolej sebelah payah betul nk dapat internet, kalau dapat pun, jaring lain.. tpi xleh2 gak tenetnye...... entahlah belalang oiii... 'kalau beli broadband for sure xdek problem ni' ehehe... mampu ker ayu oii??? ak rase x kot.... ehehe.. xpe lah ayu... ko bukan aktif pon FB (facebook)... tetibe lak sebut pasl FB... bukan ape, kwan2 aku, biasanya kalo dapat internet, web pertama yang dieorang bukak of course ah FB, almaklumlah..... FB sekarang kan dah jadi one of the famous social network ever kan..... owner die pon dah jadi millionaire ke billionaire ke pape 'naire'2 entah... ahaha.. kalaulah kite yang main ni pon dapat jd millionaire gak mesti best giler... bukan senang tu.... tpi xpelah.... dah lumrah manusiakn nk berkomunikasi ngan org lain...... so kne ah ada FB, TWITTER, MYSPACE and pape lagi entah...

So, as a conclusion untuk dapatkan internet nak men FB lah kononnya, ak n d geng pon merantau lah ke LIBRARY.... ehehe.. kat cni tenet laju..... siap leh update blog lagi tu.. sayang tul ah WIFI ni..

for those yang stay kat kolej tu, sape2 yang nak sangat online and laju, the best place to go is LIBRARY... ehehe.. hidup LIBRARY.......

4.4.10

INFO dari laman MINISTRY OF HEALTH

Apa itu Demam Denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.


Bagaimanakah penyakit ini merebak?

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika.

Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:

  • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.

  • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).

  • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).

  • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.

  • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.

Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

Apakah penyebab demam denggi?

Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.

Apakah faktor yang meningkatkan risiko denggi?

Pada asasnya, mereka yang tinggal di kawasan endemik denggi dan terdedah kepada nyamuk Aedes menghadapi risiko dijangkiti demam ini.

Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat penyakit denggi ialah:

  • Penduduk dan pelawat kawasan endemik denggi.
  • Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. Penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering membawa kematian kepada kumpulan ini.

Bagaimanakah kedudukan penyakit ini?

Kadar insidens demam denggi dan demam denggi berdarah di Malaysia adalah masing-masing 118.3 dan 5.1 bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala kadar kematian atau mortaliti demam denggi dan demam denggi berdarah pada tahun 1998 adalah masing-masing 0.22 dan 0.23 bagi setiap 100,000 penduduk.

Insidens global demam denggi telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Kini demam denggi merupakan endemik di lebih 100 buah negara rantau Afrika, Amerika, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat Sebelum tahun 1970, hanya sembilan buah negara mengalami epidemik denggi. Bilangan yang merupakan peningkatan 4 kali ganda di sekurang-kurangnya 41 buah negara dalam tahun 1995. Perangkaan yang lain adalah seperti di bawah . Seramai 2500 juta manusia - iaitu 2/5 penduduk dunia - sekarang ini menghadapi risiko demam denggi. Tanpa rawatan yang bersesuaian, kadar kematian akibat demam denggi berdarah mencapai 15% atau lebih .

Apakah gejala denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi, demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.

Demam Denggi

Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:

  • Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.

  • Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.

  • Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.

  • Kadar kematian amat rendah.

  • Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.

  • Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.

  • Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.

  • Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.

  • Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)

Sindrom Renjatan Denggi

Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:

Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.

Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan.

Apakah komplikasi yang mungkin timbul?

Komplikasi demam denggi ialah:

  • Demam Denggi Berdarah.

  • Sindrom Renjatan Denggi.


Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyakit ini?

  • Pemeriksaan darah digunakan untuk membantu dalam diagnosis demam denggi. Kiraan sel platlet yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang tinggi lazimnya dikesan.

  • Ujian serologi menawarkan kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk mengesahkan diagnosis klinikal demam denggi. Pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis yang paling boleh dipercayai.


Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?

Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.

  • Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.

  • Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.

  • Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.


Rawatan bukan farmakologi

Rawatan termasuk:

  • Meningkatkan pengambilan cecair.
  • Meningkatkan bekalan oksigen.

Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.


Rawatan farmakologi

Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala yang timbul.

Apakah jenis pemantauan yang perlu dibuat?

Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung jawab doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapat dijalankan:

  • Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan (fogging) oleh pihak berkuasa.

  • Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.

  • Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari berulang. Ini kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia mendapat semula penyakit ini, kesannya adalah amat teruk.



Apakah prognosis bagi demam denggi?

Pada umumnya, prognosis bagi demam denggi dan demam denggi berdarah adalah baik jika rawatan sokongan diberi lebih awal.

Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?

Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.


Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:

  • Perlindungan dari gigitan nyamuk.
  • Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.

Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk

Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:

  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.

  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.

  • Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga

Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?

Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.


Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:

  • Perlindungan dari gigitan nyamuk.
  • Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.

Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk

Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:

  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.

  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.

  • Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.

  • Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.

  • Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.

Hapuskan nyamuk Aedes dewasa

Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan anda dan keluarga dari digigit nyamuk.

TAKZIAH...

TAKZIAH buat keluarga arwah DIN BERAMBOI..... Al-fatihah..

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba Nya yang soleh dan beriman.....


Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.

Beliau yang dikatakan menghidapi penyakit yang berkaitan dengan VIRUS AIR KENCING TIKUS pada awalnya adalah tidak benar, beliau menghidapi penyakit DENGGI BERDARAH yang akhirnya meragut nyawa beliau..

p/s : Setiap makhluk yang diciptaNya akan kembali kepadaNya satu hari nanti.....

31.3.10

BEWARE....

Cuaca kat dunia sekarang ni kalau kite perhatikan dan rasai dan segala-galanya, da jadi makin tak menentu dah kan??? Banjir..... Tsunami...... Gempa Bumi... macam-macam lah.. kalau nak di'describe'kan fenomena-fenomena alam ni banyak..... tpi kita tengok yang dekat sudahlah... kalau nak diceritakan tentang cuaca MALAYSIA, tanah air tercinta, cuacanya kadang-kadang PANAS, kadang-kadang HUJAN.. dah tak menentu sekarang ni...

Tapi yang pastinya, kalau dkat tempat aku belajar ni, tekak kite ni sentiasa nak dibasahi dengan air... satu cawan??? x cukup..... kalau boleh nak banyak-banyak cawan..... dahlah banyak cawan.... nak yang berais pulak tu... wow... memng truk ah selera budak ni... ehehe... AIS x leh minum banyak tau..... Kembung perut kate orang kampung ak.. tpi yang tu lah yg best nyer.. betul x????

Terbanyang-bayang air buah kat depan kampus aku tu... uishhhhhhh.. kalau boleh pekena satu cawan ni, best ni... tpi nanti nak lagi....... ahaha.. biasalah AYU.... air -air buah ni, no 1..... (actually semua air ak minum... ehehe)... maklumlah air kan penting untuk sistem badan....

Tapi kan, korang sume haruslah 'BEWARE' (huruf besar + tanda kuit2 + merah), ni kena alert betul-betul tau.... dahaga, dahaga jugak..... Biasanyer, kalo x air yang dalam cawan, air tin pun jadilah.. asalkan, tekak kite basah...... kalo beli air tin ke, ape ke yang kt kedai,..... amek straw tau.... jangan pakat minum je..... dah bukak tutup, terus bukak.... STYLE ah katekan....

korang tahu tak, sebelum air-air tin tu masuk kat dalam peti ais tu, macam-macam tempat dah dyeorang ni di'transfer'kan... so, banyak sangat contimination yang ada kat atas tudung dye tu...
KOSMO hari ni ada story kan kat kite semua pasal DIN BERAMBOI... korang kenal kn???? Yang dalam rancangan SPONTAN tu..... Pelawak, pelakon..... sume lah.... Kesian kat DIN BERAMBOI ni.. skang kt dalam ICU....... katanye, ada kne mengena dengan virus air kencing tikus.......

Macam mana lak boleh ada virus air kencing tikus lak dalam badan DIN BERAMBOI erk???? 1 waktu dulu, aku ada jugak dengar kisah air kencing tikus ni....... cube korang bace dekat link ni yer.... cerita betul ni....

So, ak juz nak pesan kat sni... hati-hatilah setiap apa yang kita nak makan ke, minum ke.. nak buat apa2 je....... and untuk family DIN BERAMBOI.... kuatkan semangat dan sentiasalah berdoa untuk kesejahteraan DIN BERAMBOI......

sama-sama lah kite berdoa untuk DIN BERAMBOI... semoga beliau kembali sihat dan aktif dalam bidang kerjaya beliau... AMIN

Dah lame rasenyer, aku x post any new entries on this page... bukan per, nk kte mls nk menulis, 1.... 2 nyer, tenet nyer x brape nk laju.. ak trus ah kd seorng yg pemalas.... 'malas2 bek x yah buat blog, ape ah ko ni' monolog dalam diri sndiri... ehehe.. xdek keje... anyway, juz nk cite keadaan trkini ak jer... memandngkn tenet menunjukkan kelajuannyer yg baik, so, ak xnk lpaskn peluang.. ehehe... Sebenarnyer, walaupun da nk dkt sgt da study week n then exam week, tpi ak still lg ad bynk assgnment yg perlu disiapkan...... adoi.... agak ltih lah sikit dalam 1, 2 hr ni smpaikn harus bermalam kt umah MIMI, NA n ILA... ehehe.. tpi best.. dpt mkn roti ngn telur kol 2 pg... pastu mkn goreng pisang+goreng keledek+kopok kemetot2, na blnje... ehehe.... oiiiiii, kenyang yo.... NA, len kli blanje lg... MIMI mask bihun gorng tuk dye jelah, tpi da ad lbh, kiteorg pon kongsi2 lah bersama ckit2 sorng... ermmmm... ulasan tuk MIMI nyer bihun....."DAH BOLEH JD MENANTU DA NI"... ehehe..... eh, tetibe lak tercite pasl dyeorg ni.... tpi xpe... ckit jer.... ok, skang ni... ak n mimi n na n cop n iela n jah is on the way to finish up our BIODIVERSITY- AVES nyer assignment.. banyak beb.... KIMIA xdxek assgnment mcm ni.. tpi nk buat cmne.. dah memng hakikatnye kan... amek bio kne ah strugglle ckit... kne buat DOCUMENTARY + TOOLKIT + PREPARATION FOR EXHIBITION lagi..... Documentary, alhmdulillh, ckit lg... TOOLKIT pon ckit lg... EXHIBITION nyer preparation pon lg ckit kot..... nk almost complete lah.. alhamdulillh... Harap2 sume brjalan lancr n documentry n toolkit wajib anta dis early friday morning... kte en. ZAHID, 'watever happened, assgnment tu kne anta pd saya b4 9 am.... erm... 8-12 am ad klas.... mcm mne ni???? uhuhuhu... xpe2.... So, kengkwan... let do d best for this coming exhibition.. 1st time tu lpas MATRIK nyer exhibition.........


sebagai selingan.. ehehe... 3 dara... ehehe
adah + aku + cop

aku + jah

na + aku + jah + mimi + ila... cop amek gambar.. ehehe


2.3.10

Cepatnyer MASE brlalu...


Pejam celik pejam celik, da buln 3 kn....



sem ni da 2 bulan da brlalu....

mase brllu mcm tu jer... sdar2, da nk hbs da sem ni...



kalo nk hbs sem, mknenyer....



ehehe.. xdek mknenyer....



of course ah EXAM udah around d corner....

bukak2 UPSI portal, trkzut jap tgk jadual... uhuhu...











fuhh.. hbt.... gen paper 1 day tu ngn kim anlisis...

Ya Allah, briulh ak n kwn2 ku kekuatn nk jwb exam 6ti... da la dkt....

uhuhu..

tpi, xpelh, nk buat cmne, itu yg tlh ditetpkn..

klo nk ubh2 krng, effct rmai org lk... so redha jer...



kengkwn, lets do d best ya.....



cayo2....