4.9.17

It's a WOWWWWW post !!!!

2014
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

..
.
.
2017

p/s : bile bace semula post2 lame... 
i think, i've changed a LOTTTTTT!!!!!!

29.10.14

Tahniah NGAH

Assalamualaikum..
bersawang lagi nmpaknya, tibe mase nk buang sawang-sawang....

Banyak yang berlaku sepanjang tahun 2014 ni, dah nk smpai penghujung tahun dah, sekejap masa berlalu..

Diantaranya, KONVOKESYEN c Tiara aka Kak Ngah...
on 16 Oktober 2014



















TAHNIAH KAK NGAH!!

Sedih dye sbb x dapat nak dptkan PTPTN Free, lg beberapa point sahaja untuk mampu bebas dari hutang PTPTN.. Namun bersyukur dengan rezeki yang diberikan Allah SWT..

P/s : tiada yang lebih membahagiakan daripada melihat senyuman di wajah ayahanda... terima kasih kerana menjadi tulang belakang kepada kami adek-beradek bak!! semoga Allah membalas segala jasa dan pengorbanan bak dan mak di akhirat kelak...

16.4.14

Selamat Pagi !!!!!

Assalamualaikum..
Hari ni terasa teramat lah segar dan aktif, almaklumlah tidur samapi hmpir 9 jam semalam...
Allah, memang x sedar langsung, penat sangat, tp bukan penat FIZIKAL, tapi sangat penat MENTAL.
memikirkan anak-anak pelajar... huhu....
Dugaan dan cabaran dalam bidang pendidikan amatlah terasa sekarang!!! 
Mujurlah ada Allah tempat untuk berpaling di saat suka dan duka, adanya family untuk berkongsi cerita... 

****************

Pagi ni punye program...
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
..
.
.
jeng jeng... hehe

makaroni goreng ala mamak... hihi

********

jom sarapan!!!! Bismillahirrahmanirrahim...


p/s : mau cuci baju dulu, hari blh segerakan kerja-kerja rumah sbb kat sekolah pon ad sukantara hari ni, persediaan untuk mengajar tu dah settle.. 

15.4.14

ULTRAMAN KECIK

Assalamualaikum...
salam perkenalan, saya Amjad.. hehe...

***************

 Kat bawah ni adalah gambar-gambar Amjad yang latest punye, rindu terubat bile dye balik cuti sekolahbulan 3 hr tu... ak gelarkan dye Ultraman kecik sebab sangat lah addict ngan c ultraman tu.. haha.
habis semua kakak-kakak dye nk kna laser... 

kalau balik kampung, tak sah kalau tak ada batu, tak ada kayu dalam poket seluar dye.. paling penting suke bebenor main pasir, adoi la.... x leh nak tahan, almaklumlah, duk bandar manelah berpeluang untuk crik kayu batu atau pasir kan... balik kampung habis sume dye pulun...  


jam ultraman kat tangan hari pertama beli, petang tu dah bunyi mcm xdek bateri dah, banyak sangat bertukar jd ultraman... hihi... anyway u d best lah dek... 










 yeay !!!!!! misi menakluk dunia berjaya !!!! hehe

p/s : ni lah budak yang paling ak rndu lah.. d cutest boy ever.. sayang kau dek.. :)



LUAHAN HATI

07 07 2013.. 

tarikh 07072013 merupakan satu tarikh permulaan titik untuk ak melangkah ke satu dunia lain iaitu DUNIA PEKERJAAN.
Aku dapat berkhidmat sebagai pendidik di bumi Johor Darul Takzim, terasa amat bersyukur sebab ak tidaklah terlalu jauh dengan keluarga aku..
kebanyakan hidup ak ni banyak merantaulah katakan, kalau boleh, ak nak berada dekat dengan keluarga, Allah itu Maha Mengasihani, Dia kesian tgk ak asyik berjauhan dengan ayah tersayang, keluarga tercinta, dititipkan aku untuk berkhidmat di sini.

Wajah ayah yang kesunyian di kala anak-anak nya berjauhan. 

Nak bercerita sekit pasal perjalanan hidup ak.
2001-2003 - Asrama Sekolah menengah harian di Kuala Berang
2006-2008 - kolej Matrikulasi Pahang di Gambang
2008-2012 - berada di negeri Darul Ridzuan, menyiapkan diri untuk mendidik masyarakat 
2013 hingga kini - berkhidmat di Darul Takzim

masa depan (yang tak pasti bila) - berharap yang teramat sangat untuk kembali ke negeri penyu telo, negeri Darul Iman....

p/s : Ya Allah Kau jagakanlah ayah ku dan keluargaku untuk ku. Haramkanlah api neraka dari menyentuh mereka Ya Allah.. Berkatilah rezeki yang aku cari.. Amin.

JOM BERZIKIR

Alhamdulillah syukur untuk setiap nafas yang kita sedut, syukur atas rezeki pemberian Allah..
jom sama-sama kita amalkan ZIKIR HARIAN ni...

ok.. peace no war!!!!! semoga bermanfaat.. insyaAllah

29.12.12

Jiwa ini tersentuh ;(

Assalamualaikum....

Salam bicara pembuka kata setelah lama blog LAYAR KEHIDUPAN dipenuhi dengan sesawang maya yang setelah sekian lamanya... Alhamdulillah, sykur kehadrat Ilahi, empunya laman ini masih lagi di beri peluang oleh Ilahi untuk bernafas dibumiNya. Syukur yang tidak terhingga.

Semenjak semalam, 28 Disember 2012, aka tarikh lahir my bestie, Munirah Abdul Kadir yang ke-24 kalinya, aka majlis perkahwinan selebriti bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat dan pasangannya, Leuniey Natasha, aku mengenali satu rancangan yang serasanya sangat lah menarik dan bermanfaat untuk tontonan dan dijadikan panduan dalam kehidupan seharian, InsyaAllah.. Rancangan ini diberi nama, BICARA SELEBRITI... Mungkin ramai yang telah menonton dan mengetahui mengenai rancangan ni, tapi bg aku yang kurang layan YOUTUBE ni, yesterday was my 1st day knowing that this awesome show exist....

Tersentuh dengan puisi daripada USTAZ AZHAR IDRUS (UAI), ustaz yang kian mendapat tempat dikalangan remaja dan dikalangan semua lapisan masyarakat, yang sangat sempoi, santai dan sebagainya. Puisi ini dideklamasikan oleh beliau pada 1 Disember 2012 yang lalu. Dengarkan puisi ini, puisi yang bertajuk

DERITA KITA, DERITA MEREKA 




Derita Kita, Derita Mereka -Ustaz Azhar Idrus-


Derita kita….
Derita kita menanti majunya negara,
Derita kita kerana jualan di kedai yang kurang memberangsangkan,
Derita kita belum dapat bantuan subsidi,
Derita kita kerana anak tidak lulus periksa,
Derita mereka apabila anak2 mereka menjadi kubu daripada ditembusi oleh peluru2 yahudi yang merobek kulit mengeluarkan isi perut anak2 kecil yang tidak berdosa, itulah derita para ibu yang berada di bumi GHAZA…
Para ibu di negara kita,
Derita belum sempat membeli gelang baru,
belum sempat membeli rantai baru, belum sempat menempah siap pakaian baru, samakah kita dengan mereka?

Bumi GHAZA,
2012 menjadi tontonan cerita perang dalam television setiap umat Islam yang jumlahnya berbilion2…
Wahai Ghaza,
Kami saudara kamu, seagama denganmu,
kami lelaki2 sekuatmu juga,
kami memohon ampun kepadamu wahai Ghaza,
kami memohon ampun kepadamu wahai Syria,
kerana kami tidak menghantar kereta2 kebal kami yang hanya kami gunakan pada hari kemerdekaan..
Minta maaf wahai rakyat Palestin, Syria,
kami ada tentera tapi kami tidak mampu pergi kepada kamu,
Mohon kemaafan banyak2,
kami hanya menjadi penonton di mana darah2 anak2mu, isteri2mu jatuh titisan demi titisan di atas bumi yang sangat suci,
Wahai Ghaza,
walaupun kami tidak dapat pergi dengan jasad,
terimakanlah juga roh kami untuk bersemadi bersama para syuhada’mu,
Wahai Syria,
walaupun kami tidak sempat untuk berperang bersamamu,
terimalah nyawa kami untuk terus menguatkan jasad2 kamu,
melawan segala yang menjadi musuh Allah, al-Yahudu wal Bashar,
Wahai Ghaza, wahai Palestin, wahai Syria,
maafkan kami, terimakanlah doa daripada kami dan sudilah kiranya roh2 kami bersemadi bersama jasad2mu…

kredit : http://azizulhakim91.blogspot.com/

BICARA SELEBRITI full 1 Disember 2012 yang membariskan, ustaz Amin Idris, sebagai moderator, Heliza Helmi, Meyda Safira dan UAI.. Alluhuakbar..