29.12.12

Jiwa ini tersentuh ;(

Assalamualaikum....

Salam bicara pembuka kata setelah lama blog LAYAR KEHIDUPAN dipenuhi dengan sesawang maya yang setelah sekian lamanya... Alhamdulillah, sykur kehadrat Ilahi, empunya laman ini masih lagi di beri peluang oleh Ilahi untuk bernafas dibumiNya. Syukur yang tidak terhingga.

Semenjak semalam, 28 Disember 2012, aka tarikh lahir my bestie, Munirah Abdul Kadir yang ke-24 kalinya, aka majlis perkahwinan selebriti bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat dan pasangannya, Leuniey Natasha, aku mengenali satu rancangan yang serasanya sangat lah menarik dan bermanfaat untuk tontonan dan dijadikan panduan dalam kehidupan seharian, InsyaAllah.. Rancangan ini diberi nama, BICARA SELEBRITI... Mungkin ramai yang telah menonton dan mengetahui mengenai rancangan ni, tapi bg aku yang kurang layan YOUTUBE ni, yesterday was my 1st day knowing that this awesome show exist....

Tersentuh dengan puisi daripada USTAZ AZHAR IDRUS (UAI), ustaz yang kian mendapat tempat dikalangan remaja dan dikalangan semua lapisan masyarakat, yang sangat sempoi, santai dan sebagainya. Puisi ini dideklamasikan oleh beliau pada 1 Disember 2012 yang lalu. Dengarkan puisi ini, puisi yang bertajuk

DERITA KITA, DERITA MEREKA 




Derita Kita, Derita Mereka -Ustaz Azhar Idrus-


Derita kita….
Derita kita menanti majunya negara,
Derita kita kerana jualan di kedai yang kurang memberangsangkan,
Derita kita belum dapat bantuan subsidi,
Derita kita kerana anak tidak lulus periksa,
Derita mereka apabila anak2 mereka menjadi kubu daripada ditembusi oleh peluru2 yahudi yang merobek kulit mengeluarkan isi perut anak2 kecil yang tidak berdosa, itulah derita para ibu yang berada di bumi GHAZA…
Para ibu di negara kita,
Derita belum sempat membeli gelang baru,
belum sempat membeli rantai baru, belum sempat menempah siap pakaian baru, samakah kita dengan mereka?

Bumi GHAZA,
2012 menjadi tontonan cerita perang dalam television setiap umat Islam yang jumlahnya berbilion2…
Wahai Ghaza,
Kami saudara kamu, seagama denganmu,
kami lelaki2 sekuatmu juga,
kami memohon ampun kepadamu wahai Ghaza,
kami memohon ampun kepadamu wahai Syria,
kerana kami tidak menghantar kereta2 kebal kami yang hanya kami gunakan pada hari kemerdekaan..
Minta maaf wahai rakyat Palestin, Syria,
kami ada tentera tapi kami tidak mampu pergi kepada kamu,
Mohon kemaafan banyak2,
kami hanya menjadi penonton di mana darah2 anak2mu, isteri2mu jatuh titisan demi titisan di atas bumi yang sangat suci,
Wahai Ghaza,
walaupun kami tidak dapat pergi dengan jasad,
terimakanlah juga roh kami untuk bersemadi bersama para syuhada’mu,
Wahai Syria,
walaupun kami tidak sempat untuk berperang bersamamu,
terimalah nyawa kami untuk terus menguatkan jasad2 kamu,
melawan segala yang menjadi musuh Allah, al-Yahudu wal Bashar,
Wahai Ghaza, wahai Palestin, wahai Syria,
maafkan kami, terimakanlah doa daripada kami dan sudilah kiranya roh2 kami bersemadi bersama jasad2mu…

kredit : http://azizulhakim91.blogspot.com/

BICARA SELEBRITI full 1 Disember 2012 yang membariskan, ustaz Amin Idris, sebagai moderator, Heliza Helmi, Meyda Safira dan UAI.. Alluhuakbar.. 


No comments: