18.4.10

TAKZIAH lagi...

Kita baru je lagi di khabarkan mengenai berita kematian arwah YANIE MENTOR, kemudian, arwah DIN BERAMBOI.......... dan semalam, kita dikhabarkan lagi dengan satu lagi berita yang amat mengejutkan dunia seni tanah air dengan kematian seorang penyanyi muda yang berumur 28 tahun iaitu vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin. KOrang mesti ingat lagikan, banyak lagu yang dinyanyikan beliau yang melonjak di pasaran.



Beliau telah meninggal dunia dalam kemalangan ngeri yang terjadi
di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas). Berita ni amat mengejutkan...

Takziah diucapkan kepada keluarga allahyarham... Semoga rohnya ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan dicucuri rahmat.. untuk keluarga beliau, diharapkan bersabar dan terima segalanya dengan penuh ketabahan...

Beliau meninggalkan isteri dan seorang anak yang masih lagi kecil kalau tidak silap saya... dan saya berharap, isterinya dapat menerima segalanya dengan baik...


No comments: